Swiss Garden Beach Resort Kuantan





Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Terletak di Pantai Balok, Swiss-Garden Beach Resort, Kuantan mempunyai 6 pilihan tempat makan, gelanggang tenis dan kolam renang luaran berbentuk bebas. Ia juga menempatkan sebuah spa.

Swiss-Garden Beach Resort, Kuantan menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma ke Bandar Kuantan yang terletak sejauh 15 minit memandu. Lokasinya yang strategik menawarkan akses mudah ke banyak tempat tarikan pelancongan serta kedai-kedai cenderamata batik.

Bilik-bilik di Swiss-Garden Beach Resort mempunyai balkoni peribadi dengan pemandangan panoramik Laut China Selatan atau taman-taman tropika. Kemudahan yang ditawarkan termasuk tab mandi yang panjang. Sesetengah bilik mempunyai ruang tamu dan tab mandi spa.

Tetamu boleh berehat di pantai atau menikmati permainan pool.

Tetamu boleh berjumpa rakan-rakan dan keluarga sambil menikmati pastri buatan sendiri serta minuman panas di Swiss Deli. Pada waktu malam, nikmati koktel dengan hiburan secara langsung di Malibu Club. Makanan antarabangsa yang disahkan halal boleh didapati.
0 Komentar untuk "Swiss Garden Beach Resort Kuantan"

 
Copyright © 2014 Hotel di Kuantan - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info