Classic Hotel Kuantan



Classic Hotel Kuantan

Terletak di sebelah Masjid Kuantan dan depan sungai yang indah, Classic Hotel menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dengan Wi-Fi percuma. Hotel ini menempatkan sebuah restoran dan pusat perniagaan.

Dilengkapi dengan lantai berpermaidani, bilik-bilik menghadap ke Bandar Kuantan dan Sungai Kuantan. Ia mempunyai penyaman udara dan TV dengan saluran kabel. Kemudahan membuat teh/kopi serta bar mini juga disediakan.

Restoran di hotel menyajikan bufet sarapan pagi setiap hari. Makanan tempatan dan Barat juga ditawarkan di sini.

Classic Hotel terletak 10 minit memandu dari Megamall dan 15 minit memandu dari Desa Nelayan. Lapangan Terbang Kuantan adalah 25 minit memandu jauhnya.

Meja penyambut tamu 24 jam menawarkan pertukaran mata wang serta perkhidmatan dobi. Mesin minuman layan diri juga disediakan.
0 Komentar untuk "Classic Hotel Kuantan"

 
Copyright © 2014 Hotel di Kuantan - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info