Mega View Hotel Kuantan





Mega View Hotel Kuantan

Terletak di sebelah Sungai Kuantan, Mega View Hotel menawarkan penginapan dengan TV skrin rata dan Wi-Fi percuma. Ia menempatkan pusat kesihatan yang menawarkan urut, mandian wap serta refleksologi kaki.

Terletak di Bandar Kuantan, Pahang, Mega View berjarak 5 minit memandu dari stesen bas dan teksi di Terminal Makmur. Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah terletak sejauh 15 minit memandu.

Bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dan kawasan bersolek yang juga boleh digunakan sebagai meja kerja. Selain daripada alat pengering rambut, kemudahan untuk membuat teh/kopi serta bar mini disediakan. Perkhidmatan bilik disediakan.

Pemandangan sungai mengiringi santapan di Ramin Coffee House, yang menawarkan pelbagai macam hidangan enak Malaysia, Cina dan Barat. Selain minuman yang menyegarkan, kemudahan karaoke juga disediakan di Meranti Lounge.

Para tetamu boleh menempah pelayaran persiaran berpandu di sungai menerusi meja tempahan lawatan atau berehat di teres atas bumbung di hotel. Mereka yang memandu boleh menikmati tempat letak kenderaan percuma di kawasan hotel.
0 Komentar untuk "Mega View Hotel Kuantan"

 
Copyright © 2014 Hotel di Kuantan - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info